Wednesday, 9 January 2008

Harapan yang Masih Ada

Masyarakat gusar. Tarikh 1950 membawa erti penting buat mereka yang berjiwa lunak, inginkan cinta abadi. Peti undian dikutip,dikira jutaan undi dari seluruh pelusuk negara.

Hati ribuan insan berdegup kencang ,iman memujuk.

‘Allah, makbulkan doa kami.’

‘Ya Rahim, realitikan impian kami.’

‘Ya Aziz...’

‘Ya Ghaffar...’

‘Ya Qahhar...’

mendayu-dayu hamba-hamba yang mencintai Allah berdoa.

Bertawakkal sesungguh-sungguh tawakkal.

Sedang di Malaya tanah watan di sana turut bergelora.

Di sini,takdir Allah berbicara.

RPP (Parti Republik Rakyat) tumbang!

Parti Demokrat menang~!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Ribuan hati bergembira,

mengucap syukur tidak terhingga.

Air mata tumpah membasahi pipi,

mengalir mengairi sebuah harapan yang suatu ketika

dahulu kontang.

Manusia berkeliaran ke jalan-jalan raya.

Sujud syukur di jalan utama.

Cinta mereka pada syariat Ilahi tiada galang ganti.

Hanya kerana janji seruan azan,

daripada Turki kepada Arab,

Allah Buyuk kepada Allahu Akbar,

Parti Demokrat menang.

Musuh Allah?

Mengalah? Tidak sekali

Melumur benci,dihiasi kesumat.

Imperialisme minda terus berleluasa.

Namun ini hanya gerhana,

Teguhlah wahai hati.

- Hikmah Allah mentakdirkan diri ini menulis laporan. Semakin cinta pada sejarah.-

Salam rindu buat sahabat di perantauan. Selamat Hari Lahir untuk Rusna Rusli di benua Eropah, Czech. Moga dirimu sentiasa memperoleh kecemerlangan di dunia dan akhirat. serta sentiasa dilimpahi kasih sayang-Nya.

Jazakallah buat akh Salehuddin/Ijoy untuk http://jalanjuang.wordpress.com/.
Moga Allah memberkati kita semua.

5 comments:

rusnarusli said...

salam, ezzathy...
ezzathy mnat sejarah eh sekarang... wah... bagus2... hehehe.... nway, thanks for the wishes... luv u n miss u dear!

Anonymous said...

assalamualaikum...
ni kak ezzathy ank cikgu saleha ker?
sbb kt tgk asal akak muar...
kt dl bdk maahad muar...afiqah nordin.
akak xigt kt kot...
sbb kt dh pndh kisas..kite spm2007..
klu slh org mntk maaf..
klu ye..bls kt blog akk jgk...

Anonymous said...

Salam~
heheh...1st time kt bg comment kt blog awk ni..
mmg mantap btol Malay A1 awk..vyborne!!
Slmt mgupdate blog..kt suke bace blog kwn2 KMB..~:p
Smg kt sumer dirahmati n diberkatiNYA..
Ukhwah fillah...take care sister~

Anonymous said...

ezzathy~~
assalamualaikum ukhti~ kaifa haluki? moge sentiasa dlm jagaanNya. mcmane oz? bess ke? lame x dgr cite ezzathy. moge terus berkarya disini.. muah!! salam rindu dr leeds~ (^^)

Dr Azri Bin Bohari said...

Aslm wbt..

Blog yang menarik. Teruskan wahai ukhti.. Ttg kem tu, its ok.. Enti masih boleh 'join' kami dengan memberi cadangan untuk menghasilkan modul yang holistik. Semoga najaah dan setiap imtihan.. Aslm wbt..