Monday, 10 March 2008

Turana Parade


Mata pelajaran elektif telah dipilih.

Walaupun bahasa menjadi pilihan utama, namun takdir Allah telah menentukan.

Introduction to Aboriginal Studies termaktub di akaun pelajar.

4 subjek untuk semester ini.

Moga Allah teguhkan hati dan permudahkan urusan diri ini dan sahabat-sahabat lain.

Fikiran melayang ke Kimian Avenue,

Mengintai memori yang semakin kemas tersisip di kotak ingatan.

Gelagat Dayah,Diba,Peos,Anis,Dal,Nisya dan Fifi sahabat serumah yang setia menceriakan hari ini.

Mengurangkan sedikit kerinduan kepada keluarga tercinta,

Kepada teman-teman seperjuangan di benua berbeza.

Buat diri ini,

Tiada masa untuk bersendu-sendu seperti di Kolej MARA Banting dahulu.

Penyesuaian diri bermula tanggal 4 Februari 2008.

Selautan cinta, bahkan melebihi jangkauan pemikiran manusia kasih sayang Allah dapat dirasa.

Dia mendengar tiap rintihan hambanya.

Menjadi saksi kesengsaraan sebuah hati yang sedaya mungkin mengekalkan identiti diri.

Setiap luahan kesyukuran dan pujian atas nikmat-Nya tiada yang lekang daripada frekuensi pendengaran-Nya..

Namun hamba ini sering lupa atau mungkin sengaja alpa akan hakikat sifat Ar-Rahim, bahawa Allah juga punya siksa dan azab yang keras lagi pedih.

Walau sebagaimana lemahnya reseptor kesakitan seorang hamba, namun azab Allah akan menghidupkan kembali sensori tersebut.

Oleh itu, mudah sahaja diri ini hanyut dalam belaian duniawi yang mengasyikkan.

SubhanAllah, kasih sayang Tuhan menyapa lagi.

MU menjadi medan penyatuan hati-hati dari Newcastle University.

Bibit-bibit iman kembali mekar dan disemai dalam hati-hati yang kekontangan peringatan.

Luahan penuh kasih dan hikmah, kaedah KulTuM turun-temurun yang disampaikan Kak Yani tanggal 7 Mac menyapa iman dalam hati.

Turana Parade menjadi saksi kembalinya sebahagian besar hati merasai nikmat iman dan ihsan.

Sungguh besar nikmat-Mu ya Allah.

Hati ini kembali lunak dibanjiri cinta daripada Al-Khalik.

Alhamdulillah…

Auchmuty Library, Medical Reserve, 9 Mac 2008.

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah ukthi. saat terlintas di mata perkataan 'Kultum', ku tahu ada yg menjaga mu disana (^^) dan ku terus berdoa, moge Allah memberi kekuatan utk mu meneruskan perjuangan ini. salam rindu~

norshazwani othman said...

kultum? apa itu?

Anonymous said...

Salam Zati,
slmt meneruskan perjuangan di bumi Ausie..
Smg Allah permudahkan urusan kt semua..
take care sister~

hidayah habil said...

salam.
roomate!!

saje je drop by.ehehehe.
sambung citer kat dlm bilik =P

p/s: smoga Allah satukan hati-hati kita semua~~ ameen~

Anonymous said...

Bismillah...
salam kenal dari rach :-)
visit me at http://caper.4t.com
thanks!

minal Qalb said...

Jazakillah ya akhawats;
rindu pada kalian tidak pernah surut.
Alhamdulillah alam maya menyambungkan kita semua.
Insya Allah kita akan cuba mengirim khabar.
Ma'at taufiq wannajah =)

Mysara said...

ezzathy...rindu kat awak n sume2 kat yg kat sane.insyaAllah pnjg umur,murah rezeki kite dtg melawat awak kat sane :)

norshazwani othman said...

salam..

ezati,,letaklah shout box..senang nak jerit2..hehe

nahar said...

wah,...rindunya kat diba..
alamak..sorry promote nama org lain dlm blog org lain..hehe