Bismillahirrahmanirrahim...
23 NOvember 2008, Ahad
Hari ketiga saya di sini. Di bumi yang diselubungi kedinginan... Sejuk sungguh penghujung musim luruh di Jepun. Kaget saya tatkala pertama kali mengetahui bahawa negara Jepun ditakdirkan bersalji pada musim dingin. Manakan tidak, bukankah Jepun itu negara matahari terbit, mengapa boleh bersalji?
Tidak logik pada akal seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.
Alhamdulillah, Doraemon mengajar di kaca televisyen. Nobita tidak tahu meluncur salji, bermaksud Nobita bermain salji di Jepun berhampiran rumahnya (keluarga NObita bukanlah keluarga orang kaya seperti Suneo). Saya percaya, tetapi demi mengukuhkan ilmu baru, saya bertanya ummi, dan ummi mengiyakan...
Kenangan zaman kanak-kanak...
Ya, Atsugi masih lagi dingin,sungguh sejuk . Berapa darjah? Mungkin 11 darjah.
Semalam, setelah pulang ditemani Haruka, saya bergegas ke bilik, berhemat diri, merenung hari dan akhirnya tidur. Bilakah agaknya mereka semua balik ya? Rentetan risau mereka tidak bangun lagi,saya bergerak menuju ke bilik Yedda dan seterusnya ke bilik-bilik lain. Syukur, mereka manusia yang berdisiplin. Tepat jam 7.30, kami sudah bergegas-gegas ke stesen HOn-Atsugi demi memulakan sebuah perjalanan ke tempat baru.
Toshi sensei bersama-sama anak-anak buahnya belum lagi kelihatan.
Pagi-pagi begini, kelihatan ramai manusia melakukan hal masing-masing di stesen ini.
Manusia yang saya panggil 'promoter', tetap setia di stesen, pagi mahupun petang.
Pertandingan di antara kami pelajar-pelajar Newcastle, siapa yang berjaya mendapatkan tisu atau sebarang barangan promosi daripada promoter-promoter tersebut, akan berasa gembira dan tersenyum senang...apalah punya permainan. Secara jujurnya, antara kami, hanya Lanelle yang menjadi pemenang kerana wajahnya yang saling tak tumpah seperti penduduk Atsugi.
Rombongan kami beramah-mesra
Majoriti kami perempuan ^ ^
Alhamdulillah, manusia yang ditunggu-tunggu tiba beberapa minit sebelum pukul lapan. SUngguh menepati masa. Kelihatan ramai konco-konco yang dibawa Toshi sensei. Majoriti daripada mereka? Pelajar-pelajar perempuan yang kiut-miut belaka. Setelah diberi taklimat dan diberikan tiket perjalanan kereta api (kali ini perjalanan kami ditaja), kami bergerak menuju ke kumpulan masing-masing. Saya dan Ellen ditemani oleh empat pelajar wanita yang muda belia : Miho, Ayumi, Natsumi dan Mari. Dari Hon-Atsugi, kami menaiki kereta api ke Sagami Ohno, menukar stesen di Fujiyama dan terus ke Kamakura.
3 daripada kami : Miho, Ayumi, Ellen
Mereka (Miho, Ayumi, Natsumi dan Mari) dengan senyuman membawa kami beratur ke kereta api yang bakal membawa kami ke Kamakura. Masya Allah! Ramai manusia yang sudah siap beratur menunggu giliran masing-masing untuk ke Kamakura. Saya rasa seperti pening-pening lalat. Kalah manusia di KUala LUmpur kepadatan tatkala itu. Saya insaf. Bagaimanakah saya di padang Mahsyar nanti? Ramai sungguh, sungguh ramai...
Setelah tibanya giliran kami, pengunjung-pengunjung asing ke Kamakura, kami masih lagi dijeling-jeling oleh orang-orang Jepun di sana. Bayangkan Mark, Tristan,Stewart dan Leo yang kelihatan seperti tugu di tengah-tengah orang kebanyakan yang lain. Orang-orang yang berwajah mat saleh ini dipanggil Gaijin (orang asing) oleh orang Jepun. Kami ditolak-tolak dan dihimpit-himpit untuk dimuatkan ke dalam kereta api. Alhamdulillah, saya mendapat tempat untuk duduk.
'Mungkin pagi ini ramai yang mahu ke sana agaknya,' bisik hati saya.
Tatkala tiba di Kamakura, saya masih lagi tidak dapat menyembunyikan rasa kagum melihat kepadatan pengunjung di sana. Saya tertanya-tanya, apakah keistimewaan Kamakura? Di kiri dan kanan jalan, dipenuhi manusia di lorong-lorong pejalan kaki. Kami seolah-olah beratur dalam sebuah barisan yang sangat panjang demi menuju ke suatu tempat yang saya masih lagi tidak tahu namanya. Walaupun sempit, namun hati saya masih lagi dicuit rasa kagum melihat kebersihan yang masih terpelihara walaupun dilawati ribuan pengunjung setiap hari.
Kami seolah-olah beratur panjang...
Ramai sungguh orang...
Bayangan di padang Mahsyar
Miho, Ayumi, Mari dan Natsumi (biarlah saya panggil mereka dayang-dayang...) kelihatan agak teruja berbanding saya yang masih kagum dengan kepadatan manusia. Mereka cuba berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Inggeris. Selain daripada kesungguhan dan keberanian mereka, saya amat kagum dengan setiap pelajar Shohoku yang kelihatan memiliki sebuah kamus elektronik setiap seorang. Mana-mana perkataan yang tidak diketahui, kamus segera dirujuk. Alangkah menariknya kalau saya juga berotak komputer, memiliki segala kosa-kata yang diperlukan...
Patung besar itu dipanggil Daibutsu
Astaghfirullah, besarnya patung tu..!
Ayumi menjelaskan bahawa patung itu dipanggil Daibutsu.
Bermaksud Butsu besar. Jangan tanya saya apa maksud Butsu, kerana saya tidak tahu.
Saya pelik. Apa yang saya tahu, warga Jepun akan ke shrine atau temple kalau ada perayaan tertentu. Saya lihat ada beberapa kanak-kanak kecil yang memakai kimono. 'Kiutnya~!'
Rupa-rupanya, orang Jepun akan meraikan perayaan 3,5,7 (san,go, nana?) untuk kanak-kanak yang berumur 3 dan 5 bagi lelaki dan 5 dan 7 bagi perempuan (betulkan kalau saya salah). Menarik sungguh.
Kanak-kanak kecil berkimono yang sedang 'mengikat' nasib kurang baiknya...mungkin...
Beberapa orang daripada kami bergerak menuju ke anak tangga yang membawa kami ke Shrine/Temple (saya tidak tahu apa bezanya). Di atas, mereka mencampakkan syiling 100 yen ke satu tempat khas untuk 'luck' dan membayar 100 yen juga untuk menilik nasib. Mereka tidak perlu risau jika mereka tidak tahu membaca bahasa Jepun, kerana tilikan itu boleh didapati dalam bahasa Inggeris,hmm... globalisasi ni... Menariknya, jika tilikan nasib itu didapati buruk, mereka perlu mengikat kertas ke tempat yang disediakan untuk membuang nasib kurang baik.
Apa yang memikat hati saya ialah keindahan dan kehijauan alam ciptaan Yang Maha Pencipta serta keunikan struktur bangunan di sana. Sementara mereka bermain-main menilik nasib, saya mengambil kesempatan untuk menangkap gambar dengan seorang kanak-kanak kecil yang comel memakai kimono. Comeyyy~
Miho dan Ayumi setia menemani saya. Saya bertanyakan kepada mereka, apakah impian mereka dengan meminjam kata-kata daripada sebuah filem Jepun :
"Minna san no yumete nani?" - apakah impian kalian?
"I wanted to be happy" - Miho and Ayumi
"Only that?"
"Yes" sambil tersenyum.
Hmm...menarik-menarik... Sangat 'simple' pada hemat saya.
Menunggu giliran untuk ke atas.
Seterusnya demi mengisi perut yang semakin berkeroncong, kami segera ke kedai Udon.
Saya memilih Udon bersama-sama udang tempura. Harga? 500 yen. Dengan terkial-kial saya menghabiskan Udon, atau boleh dipanggil ibu kepada mi laksa. Enak.
Udon yang selamat diisikan ke dalam perut yang lapar.
Selepas perut diisi, kami berjalan-jalan di celah-celah kesibukan orang ramai ke deretan kedai cenderahati + makanan atau dipanggil 'omiyage' - cenderahati oleh Miho yang mungkin sekarang ini sudah bergelar pegawai di bahagian 'check in' lapangan terbang Narita. Saya merasai keenakan ais krim muriyama (sweet potato) yang diserikan dengan nihon ocha (teh hijau).
Inilah aiskrim enak yang menjadi santapan kami berenam. 270 yen harganya.
Kedai-kedai yang menyerikan lagi perjalanan kami. Ramai warga Jepun yang kelihatan berbanding warga
asing
Kegembiraan melawat tempat baru semakin kelam dengan kepenatan badan. Alhamdulillah, setelah puas seharian di sana, kami pulang menaiki kereta api melalui jalan yang sama. Sesungguhnya, Kamakura merupakan sebuah tempat yang amat popular kerana pada ketika kami bergerak pulang, manusia masih tidak surut di stesen kereta api mahupun di Kamakura itu sendiri, itu hipotesis saya. Majulah industri pelancongan tempatan.
Kami menyokong cuti-cuti Kamakura
Malam yang semakin menutupi langit Atsugi membawa hati ini ke Malaysia. Usai perjalanan ini, saya bakal pulang ke tanah air yang dirindui.
Malam sudah...menandakan hari ketiga saya di sini
P/s : menjawab pertanyaan sahabat saya yang dirindui : (berdasarkan pemahaman + pembacaan saya)
- hajime maste, yoroshiku onegaishimasu : pertama kali bertemu, minta tunjuk ajar
- iye. Arigatou : disebut iyek, bermaksud tidaklah. Arigatou, huhu terima kasih...
Friday, 24 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salamun 'alaikum ukhti!
weeeeee~bestnye bace entry pngalaman awk kt jepun..alhamdulillah Dia bg peluang kt awk utk ke sane..huhu..tmpang gumbire.
bile awk tulis psal org rmai2 kt pg mahsyar tu..tibe2 trigt time tazkirah kt surau blok e yg psang video al-qiyamah... yg Allah tnjuk blk ape yg kt dh bwat kt dunia. Rmai org waktu tu.
"Pada hari itu diberitakn kpd manusia apa yg tlh dikerjaknnya dan apa yg dilalaikannya. Bahkan manusia mnjd saksi atas dirinya sndiri"..(75:13-14)
Sesungguhnye sy sgt rindukan saat2 itu...hoho.. kt same2 berkongsi rase, ilmu yg sket, nangis rmai2..dan byk lg..x trsenarai kt sini.. mmg ukhwah itu amat indah kalo disandarkn pdNya. biar jrak memisahkn kt sumer...iA hati2 kt sentiasa ditautkan oleh yg MAHA PENYAYANG dlm doa seharian kt..
InshaAllah pjg umur kt jmpe lg eh...wat reunion rmai2..huuhu...bestnye..;p (dh berangan neh). mcm 'Barakah Sunday' pn ok dah..kiki.
okes..take care sis~ mg kt tsabat di JALAN INI iAllah.mmg ia susah n penuh dgn halangan, utk diuji sape antara kt yg btol2 beriman dgnNya. Innallahama'ana.
Barakallahufiki.
syg sokmo,
(^-^)~LAh from KG Hradec~kiki~
Salamun' alaikum Lah~
Kaifa haluk? Jazakillah atas komen yang mantap. Rindu? Tak usah nak ucap.
Tapi dah lama tak menyapa dan bertanyakan khabar Lah.
Macam mana Czech?
Mesti indah dengan ukhuwwah dan perhatian Ilahi dengan pelbagai mehnah yang menimpa.
Insya Allah kalau ada kelapangan kita bertemu lagi.
Doakan kita tsabat dalam jalan ini.
Salam rindu.
Eh, jemputlah datang sini ^ ^
Post a Comment