Tuesday 18 December 2007

13 & 22

Kebijaksanaan dalam Ketenangan,

wahai Cahaya Penyayang,

seindah namamu wahai adinda-adindaku,

kuharap dirimu terus tumbuh mekar mewangi

demi keindahan yang selama-lamanya.

Kudoakan kau menjadi Hafizah sejati,

pemelihara kalam Tuhan,

agama, bangsa dan watan.

Kupohon pada-Nya,

kau meneruskan ayuhan langkahmu,

menjulang pingat muraqabah

yang ditempa likuan mujahadah.

Senyumlah wahai adinda,

harungilah terjahan badai menggila

dengan tombak yaqin dan itqan.

kerana adinda,

dikaulah nusaybah alam siber,

tidak gentar syahid dek manisnya iman.

Salam dari Persiaran Bahagia,

daripada kakanda khusus tarikh istimewa 13 & 22 Disember.

1 comment:

syaliasyafiqa said...

hehe...thanks a lot sis..i cried quiet i liter of tears reading your blog...well, actually i've comment before but i didn't sign up yet so it just vanish...penat tau tulis..sedey terpadam...kita janji same2 ye xkn kecewakn umi ayah...kita ad tanggungjawab yang besar dalam family kita...sbb kita anak yang tua...kita la yang bertanggungjawab didik adik sekarang sbb kita la role model mereka...semoga keluaga kita sentiasa dirahmati, diredai n bahagia sentiasa..........luv u n kim salam sume....