Saturday, 30 May 2009
Barakallah lakuma
30 May 2009, Sabtu, 6 Jamadil Akhir 1430
Bismillahirrahmanirrahim~
Baru sebentar tadi e-mail daripada Kak Baie mengisi kotak 'inbox' saya.
Rasa sayang dan kagum bertambah-tambah kepada seorang ukhti ini.
Kami dipertemukan di bumi Banting, KMB (Kolej MARA Banting) tempat kami mempersiapkan diri, dengan seribu satu ketidakpastian.
Saya mengenalinya tatkala senior-senior Australia turun padang ke KMB untuk mempromosikan universiti masing-masing.
Pada hari bersejarah itulah Kak Baie memperkenalkan dirinya dan tanpa saya sangka,
saya menemuinya semula di bumi Melbourne musim dingin tahun lepas.
Kak Baie rajin bertandang ke Newcastle, dan rumah yang dahulu diziarahinya?
Rumah yang penuh kasih sayang, Kimian 47.
Masih terharu kerana Kak Baie sudi menjemput kami, adik-adik di Newcastle
sungguhpun sudah lama tidak bersua muka.
Kini, Kak Baie yang saya kenali sebagai seorang mujahidah tulen bakal bergelar seorang zaujah kepada seorang rijal.
Semoga penyatuan dua belahan jiwa ini melahirkan baitul muslim dan seterusnya melahirkan generasi mujahidin yang terus menjadi rantaian perjuangan Rasulullah S.A.W.
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma, wa jam'a bainakuma fil khair,
wa razaqakuma zurriyatan taiyibatan, tanfa'ul islam wal muslimin"
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian,
dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin keseluruhannya"
p/s : buku tetamu, akh Badar.
4 Julai ini, insya Allah Felda Melati Jengka akan menjadi saksi walimah ukhti yang kami
sayangi ini.
Semoga Allah mengiringi langkah kalian sehingga tiba waktu yang dijanjikan.
Salam penuh kebahagiaan,
54 Kimian.
Friday, 22 May 2009
WGN '09 Trailer
22 May 2009, Jumaat 27 Jamadil Awwal 1430
Bismillahirrahmanirrahim...
Winter gathering is coming.
Let join the forces~!
May Allah bless us all~!
Bismillahirrahmanirrahim...
Winter gathering is coming.
Let join the forces~!
May Allah bless us all~!
Wednesday, 20 May 2009
Luruh pun berlabuh
20 May 2009, Isnin, 25 Jamadil Awwal 1430
Bismillahirrahmanirrahim....
Musim dingin menghamparkan permaidani, mula menutupi hawa hangat musim luruh.
Alhamdulillah, tiada pujian yang paling layak melainkan untuk Yang Maha Sempurna, kerana
buat julung kalinya, sesuatu yang lain menanti novocastrian musim dingin ini.
Akan datang :
"Winter Gathering '09 Newcastle"
anjuran FAMSY.
Harinya telah tiba buat kita. Mencari redha-Nya,menguji keikhlasan kita pada tiap janji yang terucap. Ya Allah,berikan kami kekuatan untuk menghadapi segalanya. Rahmatilah kami, berkatilah umur kami, ampunilah segala dosa-dosa kami...amin
P/s :Mari kita berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana-Nya demi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Bittaufiq wannajah buat semua. (man yazrou's syauq la yajnil 'inab - sesiapa yang menanam duri tidak akan menuai anggur : pepatah arab)
----------------------------------------------------------------------------------------
Sudah berminggu-minggu kedinginan musim luruh menikam tubuh kami penduduk
Newcastle. Secara zahirnya, kalender masih lagi musim luruh, namun hakikatnya musim dingin telah tiba.
Saya termenung, dengan dinginnya pagi hari, adakah saya juga turut lesu dibaluti hawa sejuk?
Apa khabarkah iman hari ini? Telah keluarkah sedikit pasir-pasir yang mengisi balang kehidupan? Bagaimana dengan batu-batu besar dan guli-guli kehidupanku?
Wahai hati,iman yang aku kasihi...berikanlah jawapan buat melerai simpulan mindaku,,,
Hari semakin menganjak menyerlahkan debaran di dada.
16 Jun bakal tiba dengan ole-ole buat kami pelajar perubatan tahun kedua.
Saya masih lagi tertatih-tatih, menyiapkan laporan, mengulang-kaji nota dengan menggalas status khalifah yang sedia terpikul.
Kadang-kala saya takut kesibukan itu menjauhkan saya daripada hakikat kehidupan.
Wahai diri,
bila difikir dan merenung-fikir, kehidupan itulah tempat saya bercucuk tanam. Menyemai segala macam benih untuk dituai di hari Akhir nanti.
Saya harus bijak, perlu selalu mengingati mati, kerana kata kekasih :
"Apakah urusanku dengan dunia ini. Sesungguhnya, perumpamaanku dan perumpamaan dunia ibarat seorang pengambara yang sedang tidur di bawah naungan pohon pada hari yang panas,kemudian beristirehat lalu meninggalkannya."
(Hadith riwayat Tarmidzi dan Ahmad, hadith sohih)
Merenung hari esok,
22:23
Kimian Avenue

Tuesday, 12 May 2009
Oporto oh Oporto
12 Mei 2009,Selasa 17 Jamadil Awwal 1430
Bismillahirrahmanirrahim
Malam ini,
komputer riba Diba menaburkan jasa untuk saya melaksanakan tugas yang baru diterima.
Senarai learning targets di'print', dan saya tatap. Kira-kira 13 LTs kesemuanya. Hati saya sedikit tenang dapat melihat senarai hitam putih yang perlu saya laksanakan sepanjang minggu ini.
Saya lihat peti yahoo mail saya dipenuhi beberapa mesej baru.
Tertera nama Kak Wardiah dan ' Status oporto' terpampang sebagai tajuk utama e-mail.
E-mail itu diklik.
Hati saya berdebar. Baru minggu lepas saya dan kawan-kawan lain berkunjung ke Kotara menikmati Burger Bondi yang menjadi antara kegemaran kami semua.
Oporto merupakan syarikat keluaran tempatan i.e Australia yang menawarkan pelbagai produk ayam yang menarik hati seperti KFC. Menariknya Oporto ini, pelbagai produk ayam yang dijual setakat pengetahuan saya ialah halal lagi sedap dimakan, alhamdulillah.
Burger oporto yang sering menjadi igauan kami pelajar muslim Malaysia.Boleh didapati di Charlestown,Westfield Kotara, city, etc
Chicken rappa : Nampak sedap, rasanya lazat, harganya berpatutan.
Namun demikian, e-mail daripada Kak Wardiah menggugat ketenangan hati saya.
Adakah status itu bertukar?
Kandungan e-mail dibaca dengan sepenuh perhatian, kalah sewaktu FRS (fixed resource session) bersama-sama Dr. Seldon :
'Thank you for taking the time to contact us here at Oporto.
Oporto stores are not certified, however our stores purchase all chicken and chicken meat products form Halal certified plants in Australia in accordance with Australia Food Safety Standards. We have many customers with Halal diet visiting and dining with us everyday! Our delicious chicken is supplied by Cordina, Bartter Steggles, Red Lea/Fresh Poultry. We use natural vegetable oils and vegetable based margarine. Our gravy also made with vegetable based products and contain no meat. Some burgers contain bacon, however please not that bacon is cooked on a separate part of the grill and only designated equipment is used to handle and serve the bacon.
As our strict policies on food safety, we use different coloured tongs and utensils for all items such as raw items, cooked items, chicken, bacon, etc. Each store has a wall chart in the kitchen to remind staff how to handle the different items to ensure there is no cross contamination.
The chips are blanched in vegetable oil, frozen, and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with vegetable oil that make them suitable for a Halal diet.
Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter.
This is the standard practice in all of our stores.I am only too happy to discuss this further with you and provide you with any further information that you may require.Please fell free to contact me directly at any time.
Thank you once again for contacting us, we appreciate your loyalty and patronage.
Kind regards
Nicola Sultana"
Terjawab sudah segala kegusaran hati. Segala puja dan puji baginya atas kenyataan daripada pihak pengusaha sendiri. Jazakallah khair buat insan yang prihatin bertanya tentang status kehalalan burger kegilaan ramai itu. Jazakillah khairan kathira Kak Wardiah atas kesudian meng'forward'kan e-mail tersebut.
Kadang-kala saya terfikir, alangkah cantiknya kalau kita juga punya produk dengan rantaian franchais seperti ini. Ramlee burger umpamanya dengan rangkaian produk jualan dan dijual di restoran makanan segera seperti Oporto, mesti menarik. Dari Malaysia untuk rakyat Malaysia. Terjamin kehalalannya insya Allah.
Hm, seperti biasa, rakyat Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan isu-isu makanan Halal. Insya Allah isu akidah hati kita mesti lebih-lebih sensitif.
P/s : buat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi peperiksaan, bittaufiq wannajah saya ucapkan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian. Salam mujahadah.
54 Kimian Avenue,
22:55
Monday, 11 May 2009
Kem Borneo 09~
11 Mei 2009, Isnin, 16 Jamadil Awwal 1430 Bismillahirrahmanirrahim... http://www.wissenladen.de/maps/map.php?Borneo%20[ID,%20MY,%20BN]&id=251&ln=en Aslm wbt. Dear friends, Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi ISAC Studio akan menganjurkan Kem Eksplorasi Minda Borneo 2009. Program ini merupakan kerjasama antara ISAC Studio dan iLuvIslam yang julung kalinya diadakan pada tahun lepas. To have a glimpse of KEM 2008, please click here. Program ini mengumpulkan fasilitator2 dari kalangan pelajar Malaysia yang belajar di pelbagai negara. Segala puji baginya, segolongan fasilitator yang merupakan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di US, UK, Ireland, CZech, France, Russia, Indon, Mesir dan MAlaysia. Target group untuk program motivasi kita adalah pelajar2 tingkatan 4 dan 5 di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Article courtesy of Sarawak Tourism Board & Images courtesy of Tourism Malaysia Details of this years event are as below: Tempat: Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (confirm for the time being) Tarikh: 9-15 July 2009 Tentatif: Khamis 9 July: Ketibaan faci. Malam - sesi taaruf dan briefing Jumaat 10 July: Siang: Bengkel untuk faci. Petang dan Malam: Program bermula 11-12 July: Program sehingga tengah hari ahad. Isnin 13 July: Cuti2 Malaysia. Tour sekitar Kuching. (DBKU HQ, Sarawak Cultural Village, Sarawak Museum, Kuching City, naik 'penambang', etc.) Selasa 14 July: Pagi - shopping souvenir. Tengah hari - check in di Damai Beach Resort Rabu 15 July: Tengah hari - check out dari resort. Menuju ke Airport. *tertakluk kepada perubahan. Penceramah jemputan: Prof Abd Latiff B Mohamed dan (insyaallah) muhtar suhaili. Sesiapa nak join, boleh la YM ana di azs_kk or email ana di azribohari@yahoo. com. Yuran tahun ni is 35 euro / 30 pounds / 45 USD / 955Kc /1,500 RUB / 260 Egypt Pounds / RM 100 (reduced fee for malaysian students). Tempat tinggal, transportation, dan makanan (kecuali lunch isnin (ketika Tour), lunch dan dinner selasa dan lunch rabu (di Airport) ) disediakan. Faci harus membeli tiket penerbangan sendiri (Details ada di blog rasmi KEM09). Untuk maklumat lanjut silalah hubungi ana dan layari http://kem09borneo. blogspot. com. My contact details ada di "Contact Us" page di blog rasmi KEM 09. Jom kita gegarkan Kuching! Please spread this email ke Yahoo Group2 yang anda sertai. Menjalankan amanah Allah, Azri Bohari |
NUIG, Ireland 00353858106155 |
Tuesday, 5 May 2009
Banyaknya topi~??!!!
4 Mei 2009, Isnin
BIsmillahirrahmanirrahim...
Rumah kami di 54 Kimian sejak semalam sudah merasakan bahang 'closing tutorial'.
Saya selaku ahli kumpulan A juga tidak ketinggalan.
Pertama kali bertemu dengan sistem darah aka Haematology system, kami diperkenalkan dengan penyakit anaemia atau kurang darah secara ringkasnya.
Beginilah lebih kurangnya kami ahli-ahli kumpulan A berbincang sakan. Namun kami hanya berlapan, tidak termasuk Dr. Jane selaku tutor.
Alhamdulillah, usai perbincangan pada hari ini, saya bergegas pulang ke rumah.
Hari ini, saya ada satu tugas penting : Masak.
Pesan Fifi kepada tukang masak hari ini : "Jangan biarkan kita lapar tau".
Insya Allah dengan rela hati, permintaan itu disambut.
Usai memasak, makan dan menunaikan solat, saya, Dayah, Fifi, Dalila (yang telah berjaya dipujuk oleh Diba) dan Diba menaiki si Merah Saladin menuju ke John Hunter Hospital.
Walaupun 'newcastle drift' menunjukkan aksinya dengan hebat, namun takdir Tuhan mengatasi segala-galanya. Susur kiri menuju ke JHH terlepas di balik kegelapan malam. Syukur padanya, dengan kecekapan pemandu si Merah Saladin, kami selamat tiba di Lecture Theatre Royal Newcastle Centre (RNC LT) .
Apa kami buat di kegelapan malam ini? (Jam tangan menunjukkan tepat pukul 6.31 pm). Buat pengetahuan bersama-sama, tika ini Newcastle sedang diselimuti musim luruh yang sejuk pada pandangan saya. Sungguh pun tidak sesejuk di benua lain, tetapi sebagai seorang warga Malaysia, kesejukannya menusuk ke tulang. Waktu maghrib pun sudah memanjat ke angka 5.14 pm.
Kami bergegas-gegas ke dalam Lecture theatre. Masya Allah, ramai sungguh manusia pada malam itu. Sungguhpun demikian, alhamdulillah, forum malam ini belum dimulakan. Setelah dua tahun saya menjadi pelajar di sini, inilah kali pertama saya digerakkan hati untuk menyertai forum ethics. Saya duduk di sebelah Ain, berhampiran dengan Izyan dan Kak Yana. Tema malam ini : Ehtics and religion seminar.
Dr. Charles Douglas antara penarik saya untuk menyertai seminar/forum malam ini. Sungguhpun beliau seorang doktor pakar kanser, namun beliau orang kuat ethics di uni.
Sesungguhnya, kehadiran ramai orang pada malam ini bukan sahaja mengejutkan orang pertama kali datang seperti saya, namun Dr. Charles juga menyuarakan rasa kagumnya kepada kami. Hakikat kebiasaannya, hanya ada dalam lingkungan 16 manusia pada satu-satu seminar dan beliau berjanji akan cuba mengakhiri seminar/forum ini pada jam 8.15 pm.
Panel-panel pada malam ini :
Dr. John Case
Paediatrc Surgoen
Dr. Marina Vamers
Psychiatrist
Dr. Fatima Patel
Obstetrist and gynaecologist
Dr. Charles Douglas
Breast Cancer and melanoma surgeon
Dr. Peter Saul
Intensivist
Majlis malam ini dipengerusikan oleh Dr. Peter.
Dr. John mewakili Kristian Katolik, Dr. Marina mewakili Judaism, Dr. Fatima mewakili Islam dan Dr. Charles, seperti yang baru saya tahu minggu lepas, mewakili Buddhism. Apa yang ditekankan oleh pengerusi ialah segala apa yang dibentangkan pada malam ini merupakan pendapat peribadi mereka, dipandu oleh ilmu yang mereka miliki dan juga pengalaman yang mereka hargai. Maka, saya menyediakan diri saya untuk satu slot yang mungkin bakal menjadi berat suasananya nanti.
Gambaran pada malam seminar/forum
Katolik memegang pendirian bahawa nyawa itu sangat berharga dan tidak boleh diambil sesuka hati manusia. Judaism pula berpendapat yang sama bahawa nyawa manusia mesti dipelihara walau apa sekalipun. Buddhism pula menyatakan bahawa, pegangan ini lebih kepada cara untuk menjalani kehidupan yang baik sebagaimana akh Abu Bakar aka 'Ruben' menyatakan bahawa Buddhism mengajar manusia untuk menjalani hidup dengan baik. Islam sebagai agama yang ulung menegaskan di dalam al-Quran :
"Whoever kills a believer intentionally, their reward will be Hell, to abide therein forever, and the wrath and the curse of Allah are upon them, and a dreadful penalty is prepared for them." (Holy Quran, Chapter 4, Verse 93)
dan menjelaskan lagi dalam banyak ayat antaranya :
We ordained for the children of Israel that if anyone slew a person, unless it be for murder or for spreading mischief in the land, it would be as if he slew the whole of mankind. And if anyone saved a life, it would be as if he saved the life of a whole people. (al-Ma’ida, 5:32)
Masya Allah, begitulah Islam menilai nyawa dan itu buktinya di dalam al-Quran.
Sedikit sebanyak pada malam ini, dapat saya lihat secara lebih mendalam sedikit daripada biasa bahawa terdapat beberapa persamaan antara agama samawi. Dr. John menyatakan bahawa tidak boleh memberhentikan bantuan pernafasan atau bantuan lain untuk pesakit aka euthanasia sungguhpun pesakit dalam keadaan yang tenat.
Dr. Marina pula menyatakan bahawa nyawa itu satu pinjaman dari Tuhan, dan semua manusia perlu memulangkan kembali kepada Si Pemberi. Oleh itu setiap manusia perlu menjaga hayat mereka dengan baik, jadi tidak boleh euthanasia.
Dr. Fatima menyatakan pandangan Muslim scholars tentang contraception and abortion. Beliau menyatakan bahwa tidak boleh seseorang itu mengambil nyawa manusia lain i.e tidak boleh melakukan pengguguran kandungan. Namun ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa boleh sekiranya sangat-sangat membahayakan nyawa ibu (akhafud dhororoin - lesser of 2 evils), dan kurang daripada 120 hari. Itu kesimpulan beliau daripada pembacaannya dan pertanyaannya kepada Dr. Google.
Dr Charles menyatakan bahawa Buddhism : 'Letting your own experience guide you'. Konklusinya, saya kurang pasti pandangannya terhadap isu ini.
Setelah setiap ahli forum membentangkan power point masing-masing, mereka diberi 3 soalan tentang situasi perubatan yang berbeza.
Situasi pertama :
A straight A's student, wanted to be a lawyer, pregnant 10 weeks : parti-parti, tak sedar
Situasi kedua :
A women, pregnant 24 weeks, wanted an abortion because her third child has only one hand despite other normalities (freaked out - just knew about that).
Situasi ketiga :
A dying man - not to be resuscitated
Apa yang menariknya daripada ingatan saya yang kelam dan samar (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan), mereka memakai topi yang berbeza untuk setiap situasi.
Dr. Fatima menyatakan bahawa sebagai seorang Muslim, tidak boleh mengambil nyawa.
Tapi apabila topi tersebut dibuka, dia menyatakan pandangannya sebagai O & G dengan pandangan yang berbeza daripada perspektif perubatan. Sungguhpun Dr. Marina seolah-olah mantap dengan pegangangannya, namun dia juga memakai topi yang lain kerana masalah legislasi/undang2 dan polisi perubatan (aka profesionalism) yang setara dengannya.
Secara jujurnya, hati saya berdebar-debar setelah siri pembentangan dijalankan. Mengapa begini? Mengapa berlaku perpisahan sebegini rupa. Kalaulah itu polisinya, setiap manusia beragama terperangkap. Jikalau majoriti manusia berdasarkan agama masing-masing bersetuju bahawa euthanasia itu tidak dibolehkan,jadi mengapa dibolehkan? Lawak apakah ini? Konspirasi manusia-manusia pelik berada di mana-mana. Sudah terang lagi bersuluh, sekularisme bermaharajalela di mana-mana di seluruh dunia. Apa khabar Malaysiaku?
Saya berfikir.
Mengapa perlu bersusah-payah memakai topi yang berbeza sedangkan kepala kita satu?
Namun saya berfikir lagi,
kalau saya berada di tempat itu, di manakah saya nanti?
"Ya Allah, tetapkanlah aku dalam jalan yang Engkau redhai. Terangilah kami daripada kegelapan kejahilan ya Allah. Berilah petunjuk dan inayah-Mu ya Aziz. Ampunilah dosa-dosa kami, ketelanjuran kami dalam tiap amal kami, tetapkanlah kaki-kaki kami dan bantulah kami terhadap orang-orang kafir. Amin"
Sebelum berakhir majlis, para peserta diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada para doktor. Respons terakhir daripada seorang wanita, bekerja selaku orang kuat palliative care (kalau tidak silap- ingatan yang masih lagi belum cerah) menyatakan bahawa menjadi satu panduan bagi mereka (team of care) bersama-sama dengan pesakit menjelajah apa yang bakal mereka hilang dengan tiap keputusan mereka. Soalan yang paling penting, dimanakah Tuhan di dalam hidup mereka. "Where is God in their lives?".
Secara jujurnya, saya merasakan bahawa respons wanita itulah yang paling kuat mengetuk pintu hati saya di balik timbunan maklumat yang saya dapat sebentar tadi. Masya Allah, Allah mengingatkan kami agar terus mengingati-Nya dan mengenali sifat-sifat keagungan-Nya. Saya lihat ada Kak Yani, Ijat, Kak Mar dan beberapa sisters Malaysia yang lain. Dayah menyatakan bahawa Kak Wardiah bersama-sama zaujnya turut menyertai seminat/forum ini dan kelibat brother juga turut kelihatan. Semoga kami dan manusia lain diberikan petunjuk.
Saya teringat brother Abu Bakar yang saya lihat dalam youtube. Betapa jauh perjalanannya untuk mengenali Allah. Setelah hidayah didapatinya, akidah itu diimani, dikejap semantapnya dalam hati, hingga tiada siapa mampu menggoyah keyakinan yang sudah kukuh bertapak di jiwa dan menjalar dalam tiap urat nadinya.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua dan memberkati kehidupan kita.
Huxley Library,
5 Mei 2009, Selasa, usai Opening Tutorial

Subscribe to:
Posts (Atom)