Sunday, 8 March 2009
Purnama itu
8 Mac 2009, Ahad
11 Rabiul Awwal 1430
Bismillahirrahmanirrahim.
Silveridge community centre,
7 Mac 2009, 5:30 pm
Hari ini kami dilimpahkan dengan sinaran mentari yang akan menghangatkan suasana yang bakal kami rasai. Kami antara jemputan yang terawal sampai di Silveridge ini, atas jasa Kak Mel.
Saya, Nisya, Fifi dan Diba setia menanti di luar dewan. Secara jujurnya saya teruja, kerana seluruh kerabat Melayu muslim di Newcastle insya Allah akan kembali berkumpul bersama-sama di bawah satu bumbung demi meraikan mereka yang kami sayangi. Sebuah demi sebuah kereta yang dipenuhi penumpang-penumpang yang berpakaian baju kurung tiba di pintu masuk. Banyak mata-mata yang kelihatan bersinar keriangan.
7:15 pm
Alhamdulillah, ketibaan kedua-dua mempelai, saudara Harith Roslizar dan saudari Nurul Wardiah Abdul Shukor disambut dengan alunan kompang dan solawat buat Rasulullah S.A.W. Ya, inilah pasangan raja sehari yang pertama University of Newcastle. Saya teruja, kami semua gembira. Sebenarnya, ini lebih kepada majlis resepsi untuk warga Newcastle berikutan tidak semua novocastrian yang dapat menghadiri majlis resepsi mereka yang berlangsung pada bulan Januari lepas di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Di samping itu juga, Aqish, anak kepada pasangan Abang Mizan dan Kak Nor turut diraikan bersempena dengan hari lahirnya yang ke-6.
Doa yang dibaca menyentuh hati ini. Ucapan Bro Harith buat semua warga newcastle serta ucapan Kak Waridah yang dibacakan zaujnya buat sisters memberi kehangatan dalam diri kami semua. Namun, tatkala tayangan daripada sisters (dibuat oleh sisters 47 Kimian) buat Kak Wardiah dipancarkan ke dinding, di penghujung slide "and Now, our 'rose' is taken" benar-benar menyentuh hati kami semua. Kak Wardiah telah genap 40 hari (dikira oleh suaminya sendiri) melayari bahtera rumah tangga bersama-sama suami tercinta dan telah sah menjadi milik zaujnya. Kami mungkin tidak akan selalu bertemu, namun cinta dan kasih sayang kami buat Kak Wardiah tidak akan pernah layu mahupun gugur insya Allah, bahkan kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Kak Wardiah dan zaujnya, serta kesejahteraan pasangan pengantin lama : keluarga Kak Nor, Kak Salmi, Kak Alma, Kak Nono, Kak Lina, Kak Sha dan Kak Atul yang menjadi VIP pada malam itu.
Saya tujukan lagu solawat pengantin baru daripada Nowseeheart buat kedua-dua mempelai.
*****************************************
Hati saya gusar. Esok hari lahirnya, apa yang perlu saya lakukan buat membuktikan cinta saya buatnya? Hari ini saya masih juga bertungkus-lumus membuat learning targets working problem 3. Insya Allah, saya masih punya masa.
Surah Ali Imran 3 : 31 -
" Katakanlah (Muhammad), " Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Allah yang Maha Agung berkali-kali menyuruh hamba-hamba-Nya mengikuti Muhammad S.A.W. Itulah nabi ulung, nabi terakhir, penutup segala nabi. Manusia bernama Muhammad bin Abdullah itulah manusia terpilih untuk memikul tugas yang amat berat... menyampaikan kebenaran. Bahawa Allah itu satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan tiada apa pun yang mampu menyamai-Nya. Kata-kata itulah yang membawa baginda S.A.W diheret ke dalam pelbagai kepayahan dan kesengsaraan yang akhirnya mengangkat baginda ke taraf yang sangat tinggi di sisi-Nya. Masya Allah, limpahan kurnia Allah buat hambanya yang hina.
Kenalkah kita dengan manusia bernama Muhammad S.A.W, kekasih Allah S.W.T dengan sebenar-benar kenal? Ataupun kita pernah membaca lembaran kisah baginda di buku-buku teks Pendidikan Agama Islam? Satu pertanyaan khususnya buat diri saya dan mungkin boleh juga dihulurkan kepada sahabat-sahabat lain. Saya ingin memetik kandungan buku " Jadi seperti Muhammad" hasil karangan Aa Gym terbitan PTS Millenia.
Dalam sebuah kisah Jabir bin samurah melaporkan,
" Aku melihat nabi Muhammad di suatu malam yang berbulan purnama. Waktu itu beliau memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara beliau dengan rembulan, ternyata beliau lebih indah daripada rembulan."
(Hadith riwayat Tirmizi).
Dalam satu riwayat yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib,
" Muhammad tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek.
Beliau sedang sahaja di antara kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang.
Badannya tidak gemuk, dagunya tidak lancip dan wajahnya agak bundar.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Beliau memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat.
Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila beliau berjalan, berjalan dengan tegap seolah-olah turun ke tempat yang rendah.
Apabila beliau berpaling, maka seluruh badannya akan turut berpaling.
Di antara kedua bahunya terdapat khatamun nubuwwah iaitu tanda kenabian.
Beliau memiki hati yang pemurah di antara manusia.
Ucapannya merupakan perkataan yang paling ramah dalam pergaulan.
Sesiapa yang melihatnya, pasti menaruh hormat kepadanya. Sesiapa yang pernah bersama-sama dengannya , kemudian mengenalinya, tentulah dia akan mencintainya.
Orang yang menceritakan sifatnya pasti berkata,
'Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seistimewa beliau".
(Hadith riwayat Tairmizi).
Menurut Hindun bin Abi Halah pula (anak tiri Rasulullah S.A.W- putera Khadijah dari suaminya yang terdahulu) menyatakan paras lahiriah baginda :
"Nabi Muhammad adalah manusia yang anggun, yang wajahnya bercahaya bagaikan bulan purnama. Badannya tinggi sedang.
Postur tubuhnya tegap. Rambutnya ikal dan panjang yang tidak melebihi daun telinganya. Warna kulitnya terang. Dahinya luas. Alisnya memanjang halus, bersambung dan indah. Sepotong urat halus membelah kedua alisnya yang tampak timbul semasa beliau marah. Hidungnya mancung sedikit membengkok yang di bahagian atasnya berkilau cahaya. Janggutnya lebat. Pipinya halus. Matanya hitam. Mulutnya sedang. Giginya putih tersusun rapi. Dadanya bidang dan berbulu ringan. Lehernya putih, bersih dan kemerah-merahan.
Perutnya rata dengan dadanya. Apabila menoleh, seluruh tubuhnya menoleh.
Pandangannya lebih banyak ke arah bumi. Beliau mengiringi sahabat-sahabatnya semasa berjalan dan beliau jugalah yang memulakan salam."
Masya Allah, tatkala saya menaip satu-persatu perkataan yang menggambarkan fizikal Rasulullah S.A.W, saya fikir saya boleh jatuh cinta. Seolah-olah seorang putera lahir daripada keluarga yang terhormat dan membesar di celah-celah masyarakat jahiliyah. Kesantunan baginda dan ketegasannya menegakkan syiar Islam lebih menambat hati ini.
Pernah direkodkan oleh Abi Hurairah di dalam sebuah hadith bahawa terdapat seorang Arab Badawi yang membuang air kecil di sebuah sudut di dalam masjid. Dengan segera para sahabat bangun hendak memukulnya. Lantas Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya kamu ditampilkan di tengah-tengah umat manusia bagi memberi kemudahan, bukan untuk membuat kesukaran." Hebat sungguh manusia bernama Muhammad ini. Baginda berfikiran rasional, tenang dan bijak. Hatinya yang bersih dilambangkan melalui tutur kata dan perilakunya.
Baginda adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Baginda sangat tawadhu lagi lemah-lembut serta bijak dalam pergaulan aka interpersonal relationship. Ibnu Mas'ud berkata seperti yang diceritakan oleh Ibnu Majah yang bermaksud : " Seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad. Beliau mengajak lelaki itu berbicara sehingga membuatnya menggigil ketakutan. Nabi Muhammad berkata kepadanya, " Tenangkanlah dirimu. Sesungguhnya aku bukanlah seorang raja. Aku hanyalah putera kepada seorang wanita yang biasa daging."
Subhanallah, itulah serba sedikit perihal baginda yang saya harap untuk dihayati. Saya mahu terus jatuh cinta agar dunia ini dan segala isinya tidak lagi bertakhta dalam hati. Mampukah aku ya Allah...
Sehari sebelum maulud Nabi,
54 Kimian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam, ezzathy.. jazakillah atas sharing ni.. suke2.. selamat bermujahadah
salam.
sy jatuh cinta lagi~
hoho. subhanallah. betapa hebatnya ciptaan Allah. tawadhunya Rasulullah saw. berkali-kali rs jatuh cinta. (^_^)V
jazakillah habibty :)
Salam ya akhawats~
-nawwar insyirah-
wa iyyaki. Tapi, bule ke saya tahu siapakah gerangan tuan hamba?
-hartini islet of lingerhen-
Salam. ALhamdulillah, semoga ALlah terus beri kekuatan kepada kite semua untuk terus jatuh cinta dan melestarikan cinta suci itu. Sememangnya baginda ialah contoh ikutan yang ulung hasil didikan Rabb.
-Rusna-
Salam rusna~ Wa iyyaki ya ukhti. Rindu bagat sama kamu. Alhamdulillah, semoga perkongsian antara kite dirahmati Allah dan ukhuwah kita membawa ke mardhatillah ^ ^. Bittaufiq wannajah ya ukht~!!!
salam ezzathy..jazakillah for this sharing..sangat best!! terasa macam jatuh cinta sekali lagi..cewah!
Had rasa nawwar insyirah tuh macam iman..betul tak tekaan had??
Salam Hadz.
huhu, jazakillah khair menjenguk kite,hehe.
Kite pun rindu sangat ngan Hadz.
Kalu ada rezeki, datanglah lagi ke sini. Kite pun kalau ada rezeki akan bertandang ke sana, taip tak tahu la bile.
Kira tengah mengumpul la ni.
Hm, tapi nawwar insyirah ni tak pulak menjawab,hehe.
Bittaufiq wannajah ya ukhti ^ ^
hehe.. ezzathy xdpt teka ke sapa kite? :D
Salam~ nawwar insyirah, maksudnye...cahaya petunjuk ke? Kalau camtu, nurul iman macam agak2 sesuai...hm, bule terima tak ni?
Nawwar insyirah...seikai wa...? Jawapannya ialah...?
insyirah tu nama rumah iman...hehe..
Post a Comment